Tuesday, November 9, 2010

CERITA-CERITA LUCU YANG MENCUIT HATI


Cerita-Cerita Lucu Yang Mencuit Hati

Post 
Gajah Mati

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.




Kenaikan Pangkat Paling Cepat


Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”


Ulang tahun Perkahwinan ke 25



Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"


Suaminya menjawab:

"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."


Pertama Kali Dibedah



Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.


"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa


Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"

"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."



Rasa Nak Muntah


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.


"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.


Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".



Hahahaha!!

takde kerja.... sy baca cerita-cerita lucu...Tapi tak best la gelak sorang-sorang.. So.. kite gelak sama-sama ek...!!
hehehe..

Selamat Membaca & ketawa...



BERAPA BANYAK AIR YANG PERLU DIMINUM

Selamat malam semua..Boring pulak malam ni..Saya kalau boring kerja sy menghapap lappy la..Facebooking..Blogging..lebih berfaedah daripade DREAMING kan..hehehe..dan GOOGLE itu wajib..Yalah nak cari ilmu kan..
HAH!!..entri kali ni pasal KESIHATAN lagi..ala..tau dah kan..tengok logo kat sebelah pon dah dapa agak...hehe..
Ok..ni saya nak cerita tenteng AIR... sapa tahan tak minum dalam sehari?? Tipu la kalau korang dapat tahan..kalau puasa lain lah.. jam 6.30 p.m dah boleh minum..hehe.. Jom kita baca tips ni...hasil GOOGLE saya tadi....sama-sama kita kongsi k..

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda.. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya. (hahahah..for sure korang takan buat macam ni kan????...rajin ke nak test dengan garam?...)



Ingat!!
8 GELAS AIR..
Selamat menbaca dan memahami!!


BUTTER CHEESE CAKE

Hey geng...! Hari ni Chef Tinny nak share resipi baru... (chef kunun..macam lah pandai sangat masak..heheh) saya budak baru belajar...lalalalala.. Otey lah..lupakan si Chef Tinny tu.. 

Resipi kali ni pun ada Cheese juga.. "BUTTER CHEESE CAKE"... kalau u olz nak tahu..ni lah cake pertama saya buat sebelum try buat cake2 yang lain..hehehe..Apa-apa pun..First touch tau!..nanti la korang tengok "BEKAS TANGAN" saya tu..hahaha..



BUTTER CHEESE CAKE

Bahan-bahan: 
250g ( mentega / butter )
450g Butter Cheese Cake Mix
7 biji telur
100 Fresh Milk

Cara Menbuat:
  1. Pukul Butter sehingga terdapat sedikit cair..
  2. Masukan butter Cheese cake Mix
  3. Masukan fresh Milk
  4. Masukan telur satu biji demi satu biji...
  5. Bakar sehingga Masak.. 
I REPEAT.... bakar sehingga masak bukan  sehingga HANGUS!! hehe..

Hahaha..ni lah BEKAS TANGAN saya.. xctually cake ni kaler putih..Tapi saya yang memandai bagi warna pelangi kunun..haha..Gelak la korang! Jangan hanya pandang pada rupa tau.. Walaupun rupa buruk tapi SODAP nihh...
Try lah.. SIMPLE!

Pst/ xctually saya tak minat cake bakar... saya suka STIM CAKE... (",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...