Saturday, January 8, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Malam semua...saya susah nak tidur ni...demam..Layan cerita Adamaya..Tak pernah jemuu...like Lisa Surihani..Teringat Faizal Yusuf... (Dani) setia giler kat (Maya) asyik-asyik B......B..... (",)

Muda-muda lagi dah pergiiii....

Baru lagi terima berita di twitter Pak Nil tentang Faizal Yusof (bekas suami Siti Nordiana, Nana) yang telah meninggal dunia akibat terkena serangan jantung. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. 
Salah satu drama yang saya ingat sangat beliau  berlakon ialah Zahril Vs Zarina, sebuah drama komedi di mana beliau memegang dua watak sebagai Zahril dan Zarina. Drama terbaru lakonan beliau adalah Adamaya dan juga Tiramisu.
Kehilangan beliau pasti akan dirasai oleh industri seni tanahair kerana beliau merupakan seorang pelakon yang berbakat besar.
Update: Arwah Faizal Yusof akan dikebumikan esok pukul 10 pagi. Kepada kawan-kawan yang ingin menziarahi arwah boleh ke rumah ibunya di 207-8-20 JLN DATO SENU 26,SENTUL UTAMA




Lady Bug Note Generators
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...