Tuesday, November 30, 2010

Cara Membuat Coleslaw Yang Sedap (Rasa Serupa / Mirip Macam Coleslaw KFC)

Ada yang suka makan coleslaw? Kalau sesiapa yang pernah makan di KFC mesti pernah makan benda ni. Coleslaw enak dimakan bersama roti, sebagai bahan sayuran burger atau dimakan begitu saja. Tapi kalau asyik nak beli sahaja, tentulah tak sanggup sebab harganya boleh tahan mahal juga. Satu cup kecil, sendiri makan pun tak puas. Apalagi nak makan beramai-ramai atau bersama keluarga.
Senang je...u olz boleh cari resepi coleslaw di internet. Ada macam-macam version. Rasanya pastilah macam-macam juga. Asalkan rajin mencariiiiiiiiiiiiiiii.....
Saya pun peminat coleslaw..kalau mamam di KFC mesti ada benda ni..lebih suka mamam begitu saja..saya pernah try gak buat coleslaw..untuk mamam sorang-sorang..hehe..tak berani nak suruh orang lain rasa..takut tak sedap..Tapi saya buat ekot resipi ni..saya GOOGLE..lama dah..
Tak nak cerita banyaklah, ni dia resepi canggih tu;
Bahan-bahan
  • Kobis Putih 1 kg
  • Lobak Merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
  • Gula Pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota Tambahan
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
  • Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
  • Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
  • Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!
coleslaw ni sangat sedappppppppppppppppppppppp!!..cuba ye geng..





Lady Bug Note Generators

2 comments:

  1. lepas nie xpayah peg kfc dah..good info.. =)

    ReplyDelete
  2. welcome..ala..takan terus tak nak.. p KFC..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...