Blogwalking!!!! takde masa nak update...busy...busy banking..busy investment..hehehe..dan yang paling penting busy fikirkan HOMETOWN!! 6 days left!! excited tunggu cuti Chinese New Year mengatasi kaum-kaum Cina yang bakal menyambutnya....hehehe.ermmmm....ote all..nak cepat ni..banyak keja lahhh... tapi sebelum tu... TINNY nak kongsi-kongsi satu rahsia dgn u ol.... (",)..ala..."RAHSIA DAN HIKMAH LIMA JARI"..ni saya GOOGLE je...bagi saya menarik la..so nak share lak dengan u ol..tak best la baca sorang-sorang..:p baca tau..letih tangan i ni menaip ..khas untuk korang lagi tueeee.....Jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
Nah..sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke perangkap NAFSU dan SYAITAN.
Kita beralih pula pada jari telunjuk. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata oranj Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhir sekali...cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang??
Lady Bug Note Generators
0 Org Budak Cute KLIK SINI KOMEN ENTRI TINNY:
Post a Comment