Friday, April 2, 2010

Baru je baca artikel ni....

Titanic : Mangsa Akhir Terselamat Meninggal Dunia

(http://www.kosmo.com.my)
LONDON - Millvina Dean, mangsa terakhir yang terselamat dalam tragedi kapal karam RMS Titanic, meninggal dunia pada usia 97 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan masih seorang bayi apabila dia diselimut dengan sehelai guni sebelum dipindahkan ke sebuah bot keselamatan semasa Titanic tenggelam di Lautan Atlantik Utara pada 1912.

Rakannya, Gunter Babler berkata, Dean menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang tidur kelmarin.

Dia meninggal dunia di Southampton, England yang merupakan kawasan penempatan asal keluarganya sebelum mereka menaiki Titanic untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).

Kata Babler, kematian wanita itu disedari oleh seorang jururawat yang merawatnya.

Dean dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami radang paru-paru minggu lalu tetapi dibenarkan pulang setelah doktor-doktor berpuas hati dia beransur sihat.

Wanita itu hanya berusia dua bulan ketika Titanic berlanggar dengan sebuah bongkah ais pada 14 April 1912 dan karam dalam masa kurang daripada tiga jam.

Dia merupakan antara 706 penumpang kapal Titanic yang terselamat manakala bapanya adalah salah seorang dari 1,517 mangsa yang maut dalam tragedi tersebut. - AP


******************************************************************************************
Hopefully banyak la cerita2 dari milvina ni sebelum dia meninggal
yang dapat dikumpulkan... takut habis sejarah begitu saje...

Princess Diana

Terbaca Sejarah Kematian Princess Diana
so...sy ingin berkongsi sejarah ini bersama anda...
 Princess Diana
Hidupnya seperti cinderella...dari rakyat biasa akhirnya menjadi seorang puteri ....anggun, mesra semestinya cantik......
dan matinya meninggalkan nama  di hati peminatnya
 
TRAGEDI .

Pada 31 hb.Ogos, 1997, dunia dikejutkan dengan tragedi yang menyedihkan. Seorang puteri yang menjadi sanjungan rakyat telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya bersama teman lelakinya, Dodi.. Kematian Diana dikatakan berpunca daripada percubaan mereka ketika cuba melarikan diri daripada jurugambar yang dikenali sebagai 'Paparazzi'.Kereta yang dipandu oleh seorang pemandu kepada mereka berdua telah memecut kereta mercedez S600 tanpa memikirkan bahaya yang menanti di hadapan mereka. Sebelum daripada peristiwa kemalangan itu berlaku, Diana dan Dodi telah menikmati makan malam di sebuah hotel kepunyaan bapa Dodi. Henry Paul, pemandu kereta tersebut memandu dengan kadar kelajuan yang tinggi hingga melanggar terowong di Place de L'Alma,Paris. Menurut pihak polis, pemandu tersebut mempunyai kandungan alkohol tiga kali melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan Perancis. Dia juga dikatakan tidak mempunyai permit khas untuk memandu limosin. Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Pitie Salpertriere. Ini adalah kesan daripada pendarahan yang dialaminya selepas doktor cuba menyelamatkannya.



Menurut satu sumber pada mulanya, Diana tidaklah begitu teruk kecederaannya daripada apa yang disangkakan. Mata kelihatan terbuka dan mukanya masih elok. Beliau kelihatan cukup cantik dan tenang .

Pada 12.35a.m., waktu di Paris iaitu 31 haribulan Ogos apabila ambulan-ambulan daripada Paris Emergency Medical Services mendapat panggilan untuk berkejar ke tempat kejadian. Panggilan tersebut diterima daripada seorang yang menelefon talian kecemasan . Polis tiba lebih awal daripada ambulan, mereka dapat melihat mayat Dodi dan pemandunya cedera parah dan mengerikan.

Tetapi pada masa tersebut Puteri Diana masih lagi bernyawa Diana dijumpai di tempat duduk penumpang dan tangannya masih merangkul tubuh Dodi yang berada di sebelahnya. Sementara itu , Trevor Rees-Jones iaitu pengawal peribadi Dodi yang duduk bersebelahan pemandu dengan sebahagian besar kepalanya,dada dan muka cedera teruk.Anggota paramedik membantu bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Seorang ahli perubatan merangkak masuk ke dalam kereta tersebut untuk melihat keadaan Diana dan mendapati bahawa beliau stabil tetapi kehilangan banyak darah. Para paramedik kemudiannya menghantarnya ke hospital.

Mengikut sumber berita, dinyatakan bahawa Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Punca kemalangan tersebut masih menjadi misteri di kalangan peminat dan pemerhati dunia. Ada yang menyatakan bahawa pemandu pasangan tersebut telah meminum minuman keras sebelum membawa kereta pada hari kejadian. Tetapi dinafikan pula oleh pihak keluarga Dodi dan teman-teman rapat. Siasatan mengenai tragedi tersebut masih belum dapat menentukan punca penyebab kemalangan itu berlaku sama ada konspirasi atau kecuaian pemandu itu sendiri. Sehingga ke hari ini, siasatan masih diteruskan dengan pihak pembuat syarikat Mercedes juga melakukan siasatannya yang tersendiri.
PENGKEBUMIAN DIANA.

Upacara Pengkebumian diadakan seminggu selepas kematiannya.Sesungguhnya orang ramai telah diberi kesempatan untuk melihat perarakan keranda Diana sejauh beberapa kilometer .Keranda tersebut diletakkan disebuah kereta kecil pembawa meriam dan ditarik oleh 6 ekor kuda. Kereta tersebut bergerak dari Istana Kesington, iaitu kediaman Diana sehingga ke Gereja Westmeinst er Abbey. Ketika keranda tersebut melintasi Istana St. James . Putera Charles, Putera William dan Putera Henry , bapa mertua Diana serta adik lelaki Diana mengiringi keranda tersebut sehingga sampai ke gereja, tempat upacara keagamaan diadakan .
Orang ramai yang memerhatikan perarakan tersebut berasa terharu dan ada diantara mereka menitiskan air mata sebagai tanda kesedihan pemergian Diana. Upacara pengkebumian itu disiarkan secara langsung oleh pihak media di seluruh dunia yang dapat disaksikan oleh jutaan penonton . Pemergian Diana merupakan satu kehilangan buat dunia kerana sumbangan jasa yang disumbangkan oleh beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...