Saturday, November 13, 2010

Tips Berhenti Merokok

Hey..Perokok-perokok sekalian... selamat malam..Nak rokok tak?... kalau nak rokok..meh baca ENTRI ni dulu...Saya malas nak cakap banyak..tangan saya letih menaip..tapi kerana SAYANGKAN JANTUNG & PARU-PARU u olz, saya ringankan tangan share ENTRI ni dendan u olz specially PEROKOK-PEROKOK... 

OTEY..... selamat membaca...




Banyak tips untuk berhenti merokok tapi majoritinya terdiri dari perkara yang u olz kena buat atau jangan buat. Tapi agak payah untuk menghalang diri dari buat itu dan ini. Merokok ni kan satu tabiat, so agak memerlukan masa untuk berhenti. Isteri isteri, awek awek bagi lah masa dan sokongan kepada buah hati atau suami anda! (lalalalalala......)


Ni antara tips mudah untuk berhenti merokok.Korang boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi niat kena penting. Kalau ikhlas nak berhenti, lama lama mesti boleh..
1. Selalu Berpuasa.
Bila puasa, u olz tak  merokok lebih kurang 13 jam iaitu dari subuh sampai waktu maghrib. Even still boleh merokok pada waktu malam, kalau selalu puasa lama lama mesti system badan tu dah biasa, pastu dah tak ketagih sangat. Time ni la nak berjimat pon. ( Betul kew perokok-perokok sekalian???)..hehe..
2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.

Bagi hadiah kat diri sendiri kalau berjaya untuk tak merokok untuk jangka waktu tertentu. Guna duit yang sepatutnya beli rokok itu untuk beli habuan  untuk diri sendiri. Tak pun untuk isteri isteri, awek-awek yang nak suami / boyfren berhenti tu, korang cabar la suami / boypren masing masing, kalau dia  berjaya korang bagi hadiah.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
U olz mesti tak nak anak-anak u olz merokok bila diorang besar.So, kena la tunjuk sikap positif. Biasakan diri jangan merokok depan anak anak ISTERI / GIRLFREN!!. Banyak luangkan masa dengan anak-anak & orang tersayang, lagi banyak masa dengan anak anak & org tersayang lagi kurang u olz merokok.
4. Aktif bersukan.

Orang yang aktif sukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan akan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka.Cari aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan kawan kawan untuk lebih seronok dan sebagai motivasi diri.




Kalau dah semua TIPS tu u olz  malas nak buat pergi je beli NIQUITIN. Boleh pilih nak yang tampal ke yang gula gula. Pastu 5 minit je dah boleh hilang ketagihan. Tapi mahal la, lebih kurang RM50-RM75 sekotak. Pastu mesti korang cakap Lagi mahai dari harga rokok, baik beli rokok!‘…..
SAYANGILAH PARU-PARU ANDA!!!!
.P/s: xctually saya memang tak suka lelaki merokok..ngeeeeehehehehe!!!!

0 Org Budak Cute KLIK SINI KOMEN ENTRI TINNY:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...