Tuesday, November 30, 2010

Cara Membuat Donut Yang Simple Dan Sedap

Hoiii..hoi..saya suka DONUT!!! suka sangat-sangat..dan sekarang...... deria rasa terasa donut.....huh!!! teringin.....harap-harap malam ni mimpi donut....hehe..Saya tahu mamam je..tapi nak buat tu memang tak reti....hehe..baru je GOOGLE resipi Donut..tulah nak share dengan korang gak.TINNY tau..korang pun bukan nya pandai buat..pandai melantak je kan..


Ringan-ringankan lah tulang u olz yang berat tu...Try resipi ni otey..kalau jadi..heboh lah kat saya...Jerit kuat-kuat..."SAYA PANDAI BUAT DONUT!!!"..

Tahu buat donut? Tak tahu? Kesiannya… Ada yang sukakan donut? Selalu beli ya? Kenapa tak cuba buat sendiri? Senang, kosnya murah dan gerenti sedap! Ni ada resepi yang saya nak kongsi (memandai je saya..haha..macam lah pernah buat..)
Bahan-bahan Untuk Donut
  • Tepung Gandum 1 kg
  • Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
  • Gula Pasir 7 sudu besar
  • Garam Halus 1 sudu kecil
  • Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
  • Marjerin 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
  • Air secukupnya
Cara Memasak
  1. Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
  3. Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
  8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
  9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
  10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375°Fahrenheit.
  12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.
  13. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.
  14. Makan dengan beradab dan jangan gelojoh serta jangan lupa baca Bismillah!
Petua & Teknik Efektif
  • Tiada pencetak donut? Jangan panik! Gunakan gelas sebagai pencetak. Gelas kaca atau gelas plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusing-pusingkan dengan tekanan.
  • Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol air, tak kiralah botol air mineral atau botol air apa pun.
  • Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh. Barulah anda buat lubang tengah pulak! Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung supaya tak melekat. Doh yang permukaan atas terbalikkan ke bawah.

Heh..heh..nak buat apa tu!! jangan ambik!!!! ni donut saya..hahaha!! HUBBY saya yang belikan..



 YUMMY!!!!!!

SELAMAT MENCUBA!!



Lady Bug Note Generators

1 comment:

  1. sgt suke donut..
    dlu MA slalu bg,tu pasai muke ni dah mcm dnut gak..hahah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...